Cara Puasa Asyura

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum :)

10 Muharram – Dinamakan juga ‘Hari Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. Bertanya para sahabat: “Wahai Rasulullah! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain?” Jawab Baginda SAW:

1. Allah SWT menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya

2. Allah SWT menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram

3. Diciptakan lautan pada 10 Muharram

4. Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram

5. Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram

6. Diciptakan Nabi Adam AS., pada 10 Muharram

7. Dimasukkan Nabi Adam AS., ke dalam syurga pada 10 Muharram

8. Dilahirkan Nabi Ibrahim AS., pada 10 Muharram

9. Diselamatkan Nabi Ibrahim AS., dari api Namrud pada 10 Muharram

10. Diselamatkan anaknya Nabi Ismail AS., dari sembelihan pada 10 Muharram

11. Ditenggelamkan Fir’aun pada 10 Muharram

12. Diampunkan kesilapan Nabi Daud AS., pada 10 Muharram

13. Dilahirkan Nabi Isa AS., pada 10 Muharram

14. Dikeluarkan Nabi Yunus AS,. daripada perut ikan Nun setelah berada didalamnya selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharram

15. Disembuhkan penyakit Nabi Ayub AS., pada 10 Muharram

16. Diangkat Nabi Isa AS., ke langit pada 10 Muharram

17. Diterima taubat Nabi Adam AS., pada 10 Muharram

18. Dianugerahkan takhta kerajaan kepada Nabi Sulaiman AS.,

19. Diciptakan Arasy pada 10 Muharram

20. Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram

21. Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram

22. Diselamatkan bahtera Nuh AS., daripada tenggelam sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan pada 10 Muharram

Peristiwa lain:

1. Allah SWT., menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

2. Diangkat Nabi Idris AS., ke langit pada 10 Muharram

3. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

4. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan oleh Allah.

5. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

6. Allah SWT., menjadikan ‘Arasy.

7. Allah SWT., menjadikan alam.

8. Allah SWT., menjadikan Malaikat Jibril.

Pengertian Bulah Muharram dan kelebihan berpuasa dihari Asyura, baca disini.

——————————————————–

Terima Kasih & Semoga Bermanfaat :) ;) :D

Wassalam :)

empat lima empat blog

Baca juga artikel terbaru di bawah ini !

About these ads