Bulan Muharram

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum🙂

Muharram adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, yaitu bulan di mana Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah.

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: “Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura (yakni 10 Muharram), maka Allah SWT akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Asyura, maka akan diberikan pahala 10,000 orang Haji dan Umrah, dan 10,000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, maka Allah SWT akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Asyura, maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW dan mengenyangkan perut mereka.”

Sahabat bertanya: “Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Asyura dari lain-lain hari.” Jawab Rasulullah SAW: “Benar!

• Allah SWT telah menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura,

• Menjadikan Adam juga Hawa pada hari Asyura;

• Menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Asyura;

• Menenggelamkan Fir’aun pada hari Asyura;

• Menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Asyura;

• Allah SWT memberi taubat kepada Adam pada hari Asyura;

• Diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Asyura;

• Kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura;

• Akan terjadi Kiamat pada hari Asyura.

Peristiwa 10 Muharram, baca disini.

——————————————————–

Terima Kasih & Semoga Bermanfaat🙂😉😀

Wassalam🙂

empat lima empat blog

Baca juga artikel terbaru di bawah ini !